Isnin, 18 Februari 2019

SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP DAERAH SEREMBAN TIMUR 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dengan kerjasama Majlis Pengakap Daerah Seremban Timur akan menjalankan Sambutan Hari Pengasas Pengakap bagi memperingati dan menghargai sumbangan BP dalam pertubuhan pengakap yang sangat besar dan tidak ternilai.

Segala sikap dan semangat BP yang positif dan cemerlang perlu dicontohi oleh semua ahli pengakap walau di mana berada.

Program Sambutan Hari Pengasas akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 23 Februari 2019 (Sabtu) 
Masa: 7.30 pagi hingga 2.00 ptg 
Tempat: Muzium Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujung, Seremban 
Pakaian: Unifom Pengakap Lengkap 
Yuran: RM5 seorang peserta

Penyertaan:
Pengakap Sekolah Rendah - maksimum 12 orang satu sekolah
Pengakap Sekolah Menengah - maksimum 12 orang satu sekolah 

Gerai-gerai menjual makanan & minuman ada disediakan.  Sila bawa wang secukupnya. Pemimpin juga disyorkan menyediakan perkara berikut:
  1. Papan sepanduk yang tertera nama sekolah dan kumpulan bagi memudahkan peserta berkumpul. 
  2. Alas duduk untuk keselesaan peserta mewarna
  3. Lain-lain peralatan yang boleh membantu menyelesakan keadaan peserta disepanjang program
Maklumat lanjut sila rujuk MUAT TURUN atau hubungi Puan Nordiana binti Zulkefli, Pesuruhjaya Pengakap Daerah Seremban Timur (013-321 1904) atau Tuan Haji Mohammad Hanafiah bin Haji Maulud, Naib Pengerusi 2, Majlis Pengakap Daerah Seremban Timur (019-254 5732).


JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)