Isnin, 25 Mac 2019

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 9 MAJLIS PENGAKAP DST 2019

Tarikh: 20 Mac 2019 (Rabu)
Masa: 3.00 Petang
Lokasi: Bilik Seminar Unit LDP IPGKRM

Assalamualaikum wbt, salam bahagia dan Salam Pengakap.

Alhamdulillah selesai sudah AGM kali ke 9 MPDST. Majlis ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada JK penggal 2017-2018 yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang. Majlis juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada JK baharu penggal 2019-2020 yang dilantik. Semoga lantikan ini akan memacu kecemerlangan pergerakan Pengakap Daerah Seremban Timur. 

Sabtu, 23 Mac 2019

SALAM TAKZIAH


Seluruh warga PPM Seremban Timur mengucapkan takziah kepada Tuan. Hamdan bin Hj. Mohd Nor, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan di atas kembalinya bonda tercinta ke rahmatullah. Moga roh arwah ditempatkan bersama golongan insan-insan yang beriman dan beramal soleh.


Al-fatihah

Selasa, 5 Mac 2019

KURSUS MANIKAYU PENGENALAN 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, akan mengadakan Kursus Manikayu (Pengenalan) untuk Tahun 2019.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua pemimpin Pengakap tidak kira yang sedang berkhidmat di sekolah ataupun tidak.

Kursus akan dijalankan seperti ketetapan berikut :


JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)