Rabu, 31 Julai 2019

SELAMAT HARI PAHLAWAN!


Inilah barisan kita ...Yang ikhlas berjuang.
Siap sedia berkorban ... Untuk ibu pertiwi!

Sebelum kita berjaya ... Jangan harap kami pulang!
Inilah sumpah pendekar kita ... Menuju medan bakti!

Andai kata kami gugur semua ... Taburlah bunga di atas pusara.
Kami mohon doa ... Malaysia berjaya!
Semboyan telah berbunyi ... Menuju medan bakti!

Isnin, 29 Julai 2019

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3.1 & 3.2 PKK/PM 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan (PPMNS) dengan kerjasama Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan Kursus Manikayu 3.1 & 3.2 PKK/PR kepada pemimpin-pemimpin / guru-guru pengakap yang telah menghadiri kursus kepimpinan Manikayu – Peringkat 1 sebelum ini.

Peserta kursus dikehendaki mengikuti Manikayu 3.1 dan 3.2 sebelum dianugerahkan Manikayu 2 Butir.

Kursus akan dijalankan seperti ketetapan di bawah :

Ahad, 28 Julai 2019

Jumaat, 19 Julai 2019

KARNIVAL KAWAD KAKI PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 2019

Tahniah diucapkan kepada 3 orang Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pengakap Seremban Timur kerana telah dilantik sebagai Ketua Hakim Litar (2 orang) dan Hakim Litar (seorang) bagi kategori NGO.

Mereka adalah:
  1. Tuan Mohd Said Bin Nordin
  2. Tuan Shahrulnizam Bin Mohd Yunos
  3. Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab

Isnin, 8 Julai 2019

TAHNIAH KEPADA BARISAN AHLI MAJLIS TERTINGGI BARU 2019/2020 PPKAST!

Pada  7hb. Julai 2019 telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Pasukan Pengakap Kelana "A" Seremban Timur (PPKAST) bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Jiboi Baru, Seremban.

Mesyuarat antara lain telah membentangkan perjalanan program sepanjang tahun 2018 dan awal tahun 2019. Turut dibentangkan perbelanjaan pasukan. 

Kemuncak kepada mesyuarat ini adalah pemilihan ahli majlis tertinggi yang baru untuk sesi 2019/2020. Tahniah diucapkan kepada yang telah dipilih:

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)