Isnin, 29 Julai 2019

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT 3.1 & 3.2 PKK/PM 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan (PPMNS) dengan kerjasama Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menganjurkan Kursus Manikayu 3.1 & 3.2 PKK/PR kepada pemimpin-pemimpin / guru-guru pengakap yang telah menghadiri kursus kepimpinan Manikayu – Peringkat 1 sebelum ini.

Peserta kursus dikehendaki mengikuti Manikayu 3.1 dan 3.2 sebelum dianugerahkan Manikayu 2 Butir.

Kursus akan dijalankan seperti ketetapan di bawah :

PERINGKAT 3.1 ( PEMIMPIN PKK DAN PM ) – SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Tarikh Mula :  22 – 24 Ogos 2019 ( Khamis - Sabtu )
Masa daftar Peserta :  2.00 – 3.30 petang ( Khamis )
Tempat  :  Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus
                 Jalan Kuala Pilah - Seremban,
                 Seremban  Negeri  Sembilan
Bayaran Penyertaan :  RM 70.00

PERINGKAT  3.2     ( PEMIMPIN PM ) – SEKOLAH MENENGAH
Tarikh Mula :  25 September – 28 September 2019 ( Rabu – Sabtu )
Masa daftar Peserta :  2.00 – 3.30 petang ( Rabu )
Tempat  :  Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus
                 Jalan Kuala Pilah - Seremban,
                 Seremban  Negeri  Sembilan
Bayaran Penyertaan :  RM 80.00
 
PERINGKAT  3.2     ( PEMIMPIN PKK ) – SEKOLAH RENDAH
Tarikh Mula :  26 September – 28 September 2019 ( Khamis - Sabtu )
Masa daftar Peserta :  2.00 – 3.30 petang ( Khamis )
Tempat  :  Kem Pengakap Negeri, Bukit Putus
                 Jalan Kuala Pilah - Seremban,
                 Seremban  Negeri  Sembilan
Bayaran Penyertaan : RM 70.00

Maklumat lanjut dan surat pelepasan JPNNS akan dimuat-naik dalam masa terdekat.  Sila rujuk surat mohon PPMNS di bawah untuk maklumat atau hubungi Tuan Aziruddin bin Abd Aziz, Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Latihan Negeri) merangkap Setiausaha Lembaga Pentaraf Pengakap Raja PPMNS ditalian 0123867084.



JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)