Isnin, 19 Ogos 2019

TAHNIAH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


Sekalung ucapan tahniah buat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di atas perlantikan sebagai Presiden Agong, Persekutuan Pengakap Malaysia serta penganugerahan Anugerah Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) iaitu anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia oleh Ketua Pengakap Negara Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh di Bangunan Perdana Putra hari ini.


Pengisytiharan itu juga adalah selaras dengan Prosedur Organisasi dan Pindaan (POR) pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 yang mana Perdana Menteri adalah Presiden Agung PPM.


Dalam pada itu, Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh berkata pengisytiharan itu secara langsung mampu mengangkat imej PPM bukan sahaja di peringkat negara malah antarabangsa lebih-lebih lagi Ibupejabat Pergerakan Pengakap Sedunia telah lima tahun berada di Kuala Lumpur.


"Manakala Anugerah Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) pula adalah anugerah eksklusif yang hanya diberi dikalangan pemimpin negeri-negeri dan negara," katanya.


JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)