Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan akan menganjurkan JAMBORI DI UDARA (JOTA) KE 62 / JAMBORI DI INTERNET (JOTI) KE 23 seperti ketetapan di bawah:
Sabtu, 21 September 2019
Ahad, 15 September 2019
PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFOM PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
![]() |
Kumpulan 03 Daerah Seremban Timur, SMK Bukit Mewah |
Tahniah kepada pasukan puteri Kumpulan 03 Daerah Seremban Timur, SMK Bukit Mewah yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan 2019 kategori NGO Puteri SMK yang telah berlangsung semalam, Sabtu 14 Sept 2019 di MITC Melaka.
Mengiringi mereka ke pertandingan yg sama adalah pasukan putera Kumpulan 03 Daerah Seremban Timur, SMK Bukit Mewah untuk kategori NGO Putera SMK & Kumpulan 51 Daerah Seremban Timur, SK Taman Tasik Jaya bagi kategori NGO Putera SK.
Rabu, 11 September 2019
KETUA PENGAKAP NEGARA MENINGGAL DUNIA
![]() |
(29 September 1946 - 11 September 2019) |
Dukacita dimaklumkan bahawa YBhg Tan Sri Dato' Sri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara telah kembali kerahmatullah pada 11hb. September 2019 jam 9.30 pagi di Hospital Selayang, Selangor. Allahyarham berumur 73 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Puan Sri Prof Emeritus Dr. Hajah Mizan Adilah Ibrahim.
YBhg Tan Sri Dato' Sri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Negara Ke 6 pada 1hb. April 2005 bagi menggantikan Tan Sri Datuk Amar Dr. Haji Sulaiman Daud.
Isnin, 9 September 2019
Selasa, 3 September 2019
BUAT HABIS BAIK DALAM UPSR!
Jika kau fikirkan kau boleh ... Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu ... Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan ... Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan ... Kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan ... Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan ...
Fikirkan boleh!
Percaya apa kau lakukan ... Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan ...
Engkau boleh!
Langgan:
Catatan (Atom)