Rabu, 11 September 2019

KETUA PENGAKAP NEGARA MENINGGAL DUNIA

(29 September 1946 - 11 September 2019)
Dukacita dimaklumkan bahawa YBhg Tan Sri Dato' Sri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara telah kembali kerahmatullah pada 11hb. September 2019 jam 9.30 pagi di Hospital Selayang, Selangor. Allahyarham berumur 73 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Puan Sri Prof Emeritus Dr. Hajah Mizan Adilah Ibrahim.

YBhg Tan Sri Dato' Sri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Negara Ke 6 pada 1hb. April 2005 bagi menggantikan Tan Sri Datuk Amar Dr. Haji Sulaiman Daud.

Sehubungan dengan itu, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara akan menjalankan tugas-tugas Ketua Pengakap Negara dalam tempoh ketiadaan atau keuzurannya berdasarkan Prosedur Organisasi & Peraturan (P.O.R) PPM semakan 2010 bahagian II, Seksyen 1, perkara 11 (4) (r)

Kami dari Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Seremban Timur mewakili Pemimpin, Penolong Pemimpin dan seluruh warga Pengakap Daerah Seremban Timur mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan insan-insan yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah ..

Kiriman "whatsapp" terakhir Allahyarham YBhg Tan Sri Dato' Sri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh melalui YBhg. Datuk Haji Zakran Bin Abdul Manan, Ketua Pesuruhjaya Pengakap WPKL lebih kurang 2 jam sebelum menghembuskan nafas yang terakhir


JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)