Ahad, 15 September 2019

PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFOM PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

Kumpulan 03 Daerah Seremban Timur, SMK Bukit Mewah

Tahniah kepada pasukan puteri Kumpulan 03 Daerah Seremban Timur, SMK Bukit Mewah yang telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Kebangsaan 2019 kategori NGO Puteri SMK yang telah berlangsung semalam, Sabtu 14 Sept 2019 di MITC Melaka.

Mengiringi mereka ke pertandingan yg sama adalah pasukan putera Kumpulan 03 Daerah Seremban Timur, SMK Bukit Mewah untuk kategori NGO Putera SMK & Kumpulan 51 Daerah Seremban Timur, SK Taman Tasik Jaya bagi kategori NGO Putera SK.

Kumpulan 51 Daerah Seremban Timur, SK Taman Tasik Jaya

Mereka telah mewakili Negeri Sembilan setelah berjaya menjadi johan kategori masing-masing di peringkat daerah & negeri tidak berapa lama dahulu.

Moga pencapaian mereka ini menjadi pemangkin & pendorong kepada lebih banyak penyertaan dari Kumpulan Pengakap Daerah Seremban Timur pada pertandingan kawad kaki di tahun-tahun akan datang!

Jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK Bukit Mewah, Guru Besar SK Taman Tasik Jaya, barisan pentadbiran, para guru yang melatih, para ibu bapa dan semua yang terbabit dari kedua-dua sekolah dalam kemenjadian warga Pengakap Daerah Seremban Timur.

Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada Majlis Pengakap Negeri Sembilan & Majlis Pengakap Daerah Seremban Timur yang turut memberi sumbangan tunai bagi menampung keperluan pasukan ke pertandingan ini.. Juga kepada para pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan & Pejabat Pendidikan Daerah Seremban atas nasihat dan tunjuk ajar.

Tahniah semua! .. terbaik dikalangan yang terbaik!