Sabtu, 12 Oktober 2019

PENTARAFAN RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK DAERAH SEREMBAN TIMUR 2019

Tarikh : 11hb. & 12hb. Oktober 2019 (Jumaat & Sabtu)
Masa : 2.30 petang (Jumaat) - 12.00 tengahari (Sabtu)
Lokasi : SK Taman Tuanku Jaafar 2 Seremban
No. Rujukan: PPDS. 700-6/5 ( ) bertarih 9hb. Oktober 2019

Seramai 28 orang calon telah mengambil Ujian Pentarafan Rambu Pengakap Kanak-Kanak anjuran PPM Daerah Seremban Timur dengan kerjasama SK Taman Tuanku Jaafar 2 Senawang dan dibantu oleh penguji-penguji dari Lembaga Pentaraf Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan.


Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah berjaya dikalungkan dengan Rambu Pengakap Kanak-Kanak oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan, Tuan Hamdan Bin Haji Mohd Nor.