Khamis, 14 November 2019

PENGAKAP SMK BUKIT MEWAH TERUS CEMERLANG!

Setelah mengharumkan nama Pengakap Negeri Sembilan apabila berjaya menggondol tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki Kebangsaan 2019 yang telah berlangsung pada 14hb. September 2019 bertempat di MITC Melaka (baca sini) ,  pasukan Pengakap Kumpulan 03 Daerah Seremban Timur, SMK Bukit Mewah Seremban sekali lagi menempa nama di peringkat kebangsaan apabila berjaya mendapat tempat NAIB JOHAN KEBANGSAAN bagi kategori BADAN BERUNIFOM CEMERLANG dalam ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2019 yang berlangsung di Ipoh Perak pada 14hb November 2019.


Khamis, 7 November 2019

KEM BUMI HIJAU KEBANGSAAN 2019

Tarikh : 5 - 7 November 2019 (Selasa - Khamis)
Masa : 8.00 lagi (Selasa-Pendaftaran)
Lokasi : Kem Pengakap Bukit Putus, Seremban Negeri Sembilan,
No. Rujukan : JPNS.SPPK.KOKU.900-3/11 Jld. 13 (85)
Penyertaan : 71 orang ahli & pemimpin dari Daerah Seremban Timur