Khamis, 14 November 2019

PENGAKAP SMK BUKIT MEWAH TERUS CEMERLANG!

Setelah mengharumkan nama Pengakap Negeri Sembilan apabila berjaya menggondol tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki Kebangsaan 2019 yang telah berlangsung pada 14hb. September 2019 bertempat di MITC Melaka (baca sini) ,  pasukan Pengakap Kumpulan 03 Daerah Seremban Timur, SMK Bukit Mewah Seremban sekali lagi menempa nama di peringkat kebangsaan apabila berjaya mendapat tempat NAIB JOHAN KEBANGSAAN bagi kategori BADAN BERUNIFOM CEMERLANG dalam ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 2019 yang berlangsung di Ipoh Perak pada 14hb November 2019.


Pasukan Pengakap SMK Bukit Mewah berjaya mengenepikan pencabar-pencabar lain seperti pasukan Pandu Puteri, Taekwando, St. Johns Ambulance, Pancaragam dan beberapa lagi pasukan berunifom lain untuk dinobatkan sebagai Naib Johan selepas pasukan Pengakap SMK Telok Panglima Garang dari Selangor dinobatkan sebagai johan.


Pelengkap kepada kegemilangan pasukan Pengakap adalah apabila pasukan Pengakap dari SMK Sin Min dari Kedah turut diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan pentadbiran SMK Bukit Mewah serta pasukan Pengakap 03 Seremban Timur di atas kejayaan berganda ini!


JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)