Khamis, 30 Januari 2020

KURSU MANIKAYU PERINGKAT PENGENALAN 2020

Tarikh : 12hb Februari 2020 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Dewan Srikandi, Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani, Seremban
Bayaran : RM 30
No Kursus : KP 3753 dan KP 3754

Isnin, 27 Januari 2020

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA & PEMIMPIN DAERAH SEREMBAN TIMUR BIL. 1/2020

Tarikh : 12hb Februari 2020 (Rabu)
Masa : 2.30 petang
Lokasi : SM Teknik Tuanku Jaafar, Seremban
No. Rujukan : PPDS. 700-5/2 (09) bertarikh 27hb. Januari 2020

Selasa, 14 Januari 2020

Jumaat, 3 Januari 2020

TAHNIAH TUAN AZIRUDDIN BIN ABDUL AZIZ


Pesuruhjaya Daerah Seremban Timur beserta Penolong-Penolong Pesuruhjaya, Pemimpin-Pemimpin Kumpulan, Penolong-Penolong Pemimpin Kumpulan dan seluruh warga Pengakap Daerah Seremban Timur mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Aziruddin b Abdul Aziz yang telah dilantik secara rasminya sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan yang baru berkuatkuasa pada 1hb Januari 2020 bagi menggantikan Tuan Hamdan Bin Mohd Nor yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Pengakap Kebangsaan (Bahagian Program).

Khamis, 2 Januari 2020

TERIMA KASIH & TAHNIAH TUAN HAMDAN BIN MOHD NOR!


Pesuruhjaya Pengakap Daerah Seremban Timur bersama Penolong-Penolong Pesuruhjaya, Pemimpin-Pemimpin Kumpulan, Penolong-Penolong Pemimpin Kumpulan dan seluruh warga Pengakap Daerah Seremban Timur mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa dan bakti mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan, Tuan Hamdan Bin Mohd Nor dalam meneraju dan membimbing pergerakan Pengakap di Negeri Sembilan selama hampir 10 tahun ini.

Rabu, 1 Januari 2020

SELAMAT TAHUN BARU 2020!


&
Selamat Hari Ulang Tahun Pertama
Blog PPM Daerah Seremban Timur


JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)