Khamis, 2 Januari 2020

TERIMA KASIH & TAHNIAH TUAN HAMDAN BIN MOHD NOR!


Pesuruhjaya Pengakap Daerah Seremban Timur bersama Penolong-Penolong Pesuruhjaya, Pemimpin-Pemimpin Kumpulan, Penolong-Penolong Pemimpin Kumpulan dan seluruh warga Pengakap Daerah Seremban Timur mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala jasa dan bakti mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan, Tuan Hamdan Bin Mohd Nor dalam meneraju dan membimbing pergerakan Pengakap di Negeri Sembilan selama hampir 10 tahun ini.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas perlantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Pengakap Kebangsaan (Bahagian Program) yang baru berkuatkuasa 01/01/2020. Kami percaya, dengan pengalaman luas serta hubungan baik dengan pelbagai pihak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa beliau mampu memberi nafas baru untuk Pengakap seluruh Malaysia. Sedikit perkongsian eksklusif dari Tuan Hamdan sendiri berkenaan karier berPengakap beliau sehinggalah dilantik ke jawatan terkini:

1980 - Penolong Pemimpin Kumpulan, SK Tg. Kupang, Johor Bharu, Johor
1983 - Pemimpin Kumpulan, SK Tg. Kupang, Johor Bharu, Johor
1990 - Pemimpin Kumpulan, SK Jimah Baru, Port Dickson, Negeri Sembilan
1995 - Penolong Pesuruhjaya Daerah PPM Port Dickson, Negeri Sembilan
1998 - Pesuruhjaya Daerah PPM Port Dickson, Negeri Sembilan
2004 - Penolong Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Sembilan
2010 - Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Sembilan
2020 - Pesuruhjaya Pengakap Kebangsaan (Bahagian Program)


Kata-kata akhir dari mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan:
Bismillahirahmanirahim .. Assalamualaikum .. Salam Pengakap
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah di tawarkan untuk menjalankan amanah sebagai PESURUHJAYA KEBANGSAAN BAHAGIAN PROGRAM mulai 1 Januari 2020.
2. Sehubung dengan itu, saya HAMDAN BIN MOHD NOR dengan rasa rendah diri memohon ampun dan maaf kepada semua ASC, DC, ADC, Pemimpin, Pen Pemimpin dan ahli2 pengakap N9 atas silap dan salah saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya N. Sembilan.
3. Saya juga memohon halalkan segala yang termakan, terminum dan terpakai semasa menjalankan tugas tersebut.
4. Saya amat berharap dan berdoa agar silaturahim dan persahabatan kita tidak akan terputus selepas ini.
5. Saya doakan agar PPMN9 akan lebih cemerlang di bawah pimpinan Ketua Pesuruhjaya Negeri yang baharu.
Sekian, terima kasih
TN HJ HAMDAN BIN MOHD NOR

Selamat maju jaya diucapkan kepada Tuan Hamdan Bin Mohd Nor dari seluruh warga PPM Daerah Seremban Timur!

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)