Ahad, 29 Mac 2020

(SEDANG BERLANGSUNG) MISI BANTUAN COVID19 OLEH PPKAST (APACHIE ROVERS)



Pihak Paaukan Pengakap Kelana 'A' Seremban Timur (Apachie Rovers) masih memerlukan dana dan sumbangan kewangan berikutan harga bahan untuk membuat face shield ini semakin meningkat serta kesukaran mendapatkan bahan-bahan tersebut.



Setakat ini mereka telah berjaya menyiapkan face shield sebanyak 800 unit dan sedang berusaha untuk menyiapkan baki 200 unit untuk diserahkan ini kepada Hospital Tuanku Jaafar Seremban serta Klinik-klinik kesihatan sekitar Negeri Sembilan.


Seandainya ada yang berminat untuk membuat sumbangan bantuan kepada #frontliner Apachie Rovers, boleh berbuat demikian menerusi  akaun rasmi berikut :

Bank : Bank Simpanan Nasional
No. Akaun : 0510041100000793
Nama Akaun : Kelab Sukan Elektronik Darul Khusus
Reference : covid19


Kerjasama semua dalam membantu meringankan bebanan para petugas dan 'frontliners' adalah amat-amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)