Rabu, 8 April 2020

SUMBANGAN KEWANGAN UTK PENYEDIAAN PPE KEPADA WIRA2 FRONTLINERS NEGARA


Pasukan Pengakapk Kelana 'A' Seremban Timur (PPKAST) atau lebih dikenali sebagai *Apachie Rovers* bersama-sama dengan Kelab Sukan Eletronik Darul Khusus dan Majlis Belia Malaysia Negeri Sembilan sejak hujung bulan Mac 2020 lalu telah turun membantu menyumbang dalam menangani wabak virus COVID19 dengan menyediakan Personal Protective Equipment (PPE) seperti:

 1. Face mask 3 ply
2. Face Shield
3. Gaun 

dan sebagainya kepada petugas barisan hadapan negara.

Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Seremban Timur pula pada 2 April 2020 telah sudi menyumbang sejumlah RM500 bagi program kemanusiaan ini.

Antara serahan yang telah dilakukan adalah ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, klinik2 kesihatan sekitar Negeri Sembilan. Info lanjut boleh layari https://ppmserembantimur.blogspot.com

Walaubagaimanapun, seperti yang tuan/puan sedia maklum, peralatan PPE ini adalah peralatan yang selepas dipakai perlu dibuang/dimusnahkan agar tiada penularan virus berlaku akibat dari penggunaan berlebihan.

Oleh yang demikian, Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah Seremban Timur amat mengharapkan bantuan tuan puan supaya sama2 memberi sumbangan agar PPKAST dapat membeli peralatan dan seterusnya penyediaan PPE ini.

Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun di bawah:

Bank : Bank Simpanan Nasional
No. Akaun : 0510041100000793
Nama Akaun : Kelab Sukan Elektronik Darul Khusus
Reference : COVID19

Mohon tuan puan panjangkan kepada keluarga ahli-ahli Pengakap di dalam kumpulan tuan puan ataupun sesiapa sahaja yang sudi membantu.

Jasa tuan puan semua didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)