Rabu, 25 November 2020

ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2020


 Bertempat di Kompleks Belia dan Sukan telah berlangsung acara tertutup "Anugerah Perdana Belia Negara 2020" peringkat Negeri Sembilan. 


Setinggi Tahniah kepada Pasukan Pengakap Kelana A Seremban Timur kerana telah meraih Anugerah Khas Presiden : "Unsung Hero" kerana membuat dan mengagihkan faceshield kepada barisan hadapan semasa  PKP.


Tahniah juga buat saudara Abdul Akif bin Rahim , Penolong Pemimpin, Pasukan Pengakap Kelana A Seremban Timur, Negeri Sembilan Darul Khusus atas penganugerahan  "TOKOH BELIA NEGERI SEMBILAN 2020" . 


Pihak PPMNS, PPMD Seremban Timur dan Seluruh warga PPKAST mengucapkan tahniah pada semua.

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)