Sabtu, 30 Januari 2021

PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP 2021


Pendaftaran keahlian tahunan boleh dibuat mulai sekarang.  Surat siaran JPNNS dan Borang Excel boleh dimuat-turun di pautan di bawah.   Semua borang hendaklah dimuat-naik menggunakan borang serahan online.  Hanya akaun Gmail sahaja boleh memuat-naik dokumen yang diperlukan.


Bagi memastikan urusan pendaftaran berjalan lancar, sila pastikan tuan/puan mengikut langkah berikut:

1.    Muat-turun borang pendaftaran PPM1(A) (format Excel 97-2003)
2.    Buka borang menggunakan Microsoft Excel dan BUKAN Google Sheet
3.    Lengkapkan butiran yang diperlukan
4.    Bayaran pendaftaran dari sekolah / kumpulan hendaklah dibuat ke daerah masing-masing melalui Pesuruhjaya Pengakap Daerah.  Sila hubungi Pesuruhjaya Daerah untuk maklumat lanjut.
5.    Buka link untuk muat-naik dokumen pendaftaran.  Pastikan tuan/puan membuka link tersebut menggunakan akaun Gmail SAHAJA.
6.    Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan
7.    Muat-naik dokument seperti berikut mengikut format nama seperti berikut :

Borang Excel PPM1(A) - PPM1(A)2021-Daerah-Sek-NoKump.* (xls,xslx)
Borang Excel PPM1(A) yang telah ditandatangan - PPM1(B)2021-Daerah-Sek-NoKump.* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)
Bukti pembayaran - Bayaran-Daerah-Sek-NoKump.* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)
Pendaftaran Keahlian Tahun 2021 akan ditutup pada 28 Februari 2021

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi :

Puan Nurul Aida binti Ali
Penolong Pesuruhjaya Daerah - Setiausaha Pentadbiran
019-511 2606

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)