Selasa, 23 Mac 2021

KUIZ LENCANA JAYADIRI PENGAKAP REMAJA DAERAH SEREMBAN TIMUR 2021

Tarikh: 21hb. Mac 2021 (Ahad)
Masa: 9.31 pagi - 9.31 malam
Lokasi: Secara atas talian (online)
No. Rujukan : PPDS.600-3/1/3(1)
No. Rujukan : PPMDST/1/21(1)

Seramai 87 orang calon telah mengambil bahagian dalam Kuiz Lencana Jayadiri Pengakap Remaja anjuran Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur dengan dibantu oleh Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap sekolah calon-calon yang mengambil ujian.

Sejajar dengan pandemik COVID19 yang menghadkan pergerakan Ahli Pengakap untuk menjalankan aktiviti secara bersemuka, kuiz ini turut melatih ahli agar bijak membahagikan masa dalam mengulangkaji dan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan secara maya dan pada masa yang sama tidak meminggirkan keperluan rohani bersama keluarga.

Rabu, 10 Mac 2021

INFO AWAL : KUIZ LENCANA JAYADIRI PENGAKAP REMAJA PPM SEREMBAN TIMUR 2021

 

As Salam .. Salam Sejahtera .. Salam Pengakap ..


Sukacita dimaklumkan bahawa DUA (2) program untuk ahli Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur Tingkatan 4 khasnya dan Tingkatan 5 amnya akan dianjurkan pada ketetapan berikut: