Rabu, 10 Mac 2021

INFO AWAL : KUIZ LENCANA JAYADIRI PENGAKAP REMAJA PPM SEREMBAN TIMUR 2021

 

As Salam .. Salam Sejahtera .. Salam Pengakap ..

Sukacita dimaklumkan bahawa DUA (2) program untuk ahli Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur Tingkatan 4 khasnya dan Tingkatan 5 amnya akan dianjurkan pada ketetapan berikut:

KUIZ LENCANA JAYADIRI
Tarikh : 21 Mac 2021 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 9.00 malam
Lokasi: Secara atas talian (online)
Yuran : Percuma
Pendaftaran Dibuka Sekarang : 
Tarikh Tutup Pendaftaran : Isnin, 15 Mac 2021 @ 11.59 malam

Pautan kuiz akan dimaklumkan kepada calon yang telah mendaftar 30 minit sebelum kuiz bermula.  Pautan akan dibuka tepat jam 9.00 pagi dan akan ditutup semula tepat jam 9.00 malam. Sejurus selepas urusan berkaitan kuiz di atas selesai, info program seterusnya akan dimaklumkan seperti ketetapan  berikut:

PERTANDINGAN BUKU LOG LENCANA JAYADIRI
Tarikh : 27 Mac 2021 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 9.00 malam
Lokasi: Secara atas talian (online)
Yuran : Percuma
Syarat : Hanya calon yang menyertai Kuiz Lencana Jayadiri sahaja layak menyertai pertandingan ini.

Info lanjut mengenai Pertandingan Buku Log akan dimaklumkan kemudian. Permohonan kelulusan penyertaan peringkat daerah untuk PAJSK sudah dimajukan dan sedang menunggu maklumbalas.
Sekian, harap maklum.

Dalam Pengakap Tiada Paksaan ... Pamerkan Minat Dan Kesungguhan ... Pasti Berjaya!
Membaca Untuk Pengetahuan ... Berlatih Untuk Kemahiran!

Unit Pengakap Remaja
PPM Seremban Timur

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)