Selasa, 4 Mei 2021

UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP PPMNS 2021


UJIAN LENCANA KEAHLIAN PENGAKAP 2021 PERINGKAT NEGERI

ANJURAN
Pengakap Negeri Sembilan dengan kerjasama Pengakap Daerah Tampin

SASARAN
Ahli Pengakap
Tingkatan 1 (SM/SMJK)
Tahun 3/4 (SK/SJK)
PPKI & PDK
Pra Sekolah 

PENDAFTARAN
3 - 7 MEI 2021

KAEDAH UJIAN
Setiap pelajar perlu menyelesaikan 4 komponen Ujian yang ditetapkan di bawah:

Ujian 1 : Kuliah secara Google Meet
(17 MEI 2021)

Ujian 2 : Projek Amali
Menyediakan video pendek ( tidak melebihi 2 minit ) berkaitan Persetiaan Pengakap,Undang-Undang Pengakap, Hormat Pengakap, Cogan Kata Pengakap dan Sejarah Pengakap. Tarikh penyediaan video pendek (17 Mei 2021 - 22 Mei 2021)

Ujian 3 : Kuiz dalam talian
(21 MEI 2021 )
 
Ujian 4 : Buku Log
Perlu disiapkan sebelum 27 Mei 2021 dan disemak oleh Pemimpin Sekolah. Laporan dihantar kpd JK Teknikal Daerah.

Ahli Pengakap yang berminat sila berhubung dengan Guru Pengakap sekolah masing-masing. Pemimpin Kumpulan sila merujuk kepada Penolong Pesuruhjaya Daerah (ADC) berkaitan.


Sekian, Harap Maklum.

 

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)