Sabtu, 26 Jun 2021

BENGKEL SKIM LENCANA UNTUK PEMIMPIN PKK NEGERI SEMBILAN SECARA DALAM TALIAN

Tarikh : 26 Jun 2021 (Sabtu)
Masa  : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : Kediaman masing- masing


Sesi penerangan ini telah diadakan khas untuk pemimpin dan penolong pemimpin Unit Pengakap Kanak-Kanak seluruh Negeri Sembilan mengenai tatacara pembinaan buku log dan ujian-ujian yang terdapat di dalam skim latihan Pengakap Kanak-Kanak.


Penerangan telah disampaikan oleh Setiausaha Unit Latihan PPMNS, Tuan Ismail Bin Mahat dan dibantu oleh Pengerusi Unt Latihan PPMNS, Tuan Shahfizan Bin Shahriman. Tahniah kepada Pengerusi Unit Program PPM DST, Puan Siti Roditar Binti Abdul Wahab dan semua barisan penolong pesuruhjaya daerah yang telah berjaya menjalankan program ini.


Program ini sebenarnya telah dianjurkan serentak di mana lima saluran 'Google Meet' telah disediakan buat seluruh pemimpin & penolong pemimpin Unit Pengakap Kanak-Kanak mendapatkan informasi secara 'first hand' dari PPMNS bagi tujuan penyelarasan.


Seramai 530 pemimpin dan penolong pemimpin telah berjaya dikumpulkan di kesemua 5 saluran tersebut yang telah mengikuti program ini dengan mengikuti peraturan SOP yang amat ketar dari lokasi kediaman masing-masing. Syabas dan tahniah semua!


Pesuruhjaya Daerah PPM Seremban Timur, Puan Nordiana Binti Zulkefli merakamkan jutaan ucapan tahhiah dan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana telah berjaya membuktikan Pengakap Negeri Sembilan tidak ketandusan pemimpin yang dahagakan ilmu kePengakapan dan bersedia dalam membimbing anak didik mereka dalam merealisasikan sasaran program ini iaitu melahirkan lebih ramai penerima anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak untuk tahun ini dan tahun-tahun mendatang.






JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)