Jumaat, 2 Julai 2021

KULIAH LENCANA USAHA PPMNS 2021 SECARA GOOGLE MEET

Tarikh : 02 Julai 2021 (Jumaat)
Masa  : 8.30 malam hingga 10.30 malam
Lokasi : Kediaman masing- masing


Sesi penerangan ini telah diadakan khas untuk pemimpin, penolong pemimpin dan ahli Unit Pengakap Muda Seremban Timur khasnya dan seluruh Negeri Sembilan amnya berkenaan kaedah ujian , tatacara pembinaan buku log dan ujian-ujian yang terdapat di dalam skim latihan Pengakap Muda.



Penerangan telah disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Ketua Unit Pengakap Muda DST iaitu Puan Syeharizad binti Shariff Fudin yang turut dibantu oleh Penolong Pesuruhjaya Daerah - Sumber Dewasa, Tuan Mohd Affandi bin Abu. 



Tahniah kepada Pengerusi Unit Program PPM DST, Puan Siti Roditar Binti Abdul Wahab dan semua barisan penolong pesuruhjaya daerah yang telah berjaya menjalankan program ini.


Program ini sebenarnya telah dianjurkan serentak di mana lima saluran 'Google Meet' telah disediakan buat seluruh pemimpin & penolong pemimpin Unit Pengakap Muda mendapatkan informasi secara 'first hand' dari pemimpin daerah masing-masing.


Seramai 403 pemimpin, penolong pemimpin dan ahli Pengakap Muda seluruh Negeri Sembilan telah berjaya dikumpulkan di kesemua 5 saluran tersebut yang telah mengikuti program ini dengan mengikuti peraturan SOP yang amat ketar dari lokasi kediaman masing-masing. Syabas dan tahniah semua!


Diakhir sesi, Penolong Pesuruhjaya Negeri merangkap Pengerusi Unit Latihan PPMNS, Tuan Shafizan Bin Shariman telah sudi meluangkan masa hampir 30 minit berbincang dan bertukar fikiran mengenai perkembangan Pengakap di Daerah Seremban Timur khasnya. 


Sebelum bersurai, Pesuruhjaya Daerah PPM Seremban Timur, Puan Nordiana Binti Zulkefli merakamkan jutaan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.


JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)