Sabtu, 28 Ogos 2021

KUIZ UJIAN LENCANA JAYADIRI PROGRAM PENGAKAP DUDUK RUMAH PPMNS 2021

Tarikh: 28hb. Ogos 2021 (Sabtu)
Masa: 9.01 pagi - 9.01 malam
Lokasi: Secara atas talian (online)


Lanjutan daripada Kuliah Atas Talian Lencana Jayadiri & Lencana Kegiatan pada 21 Ogos 2021 lalu, seramai 127 orang calon telah menduduki Kuiz Ujian Lencana Jayadiri Pengakap Remaja, Program Pengakap Duduk Rumah 2021 anjuran PPM Negeri Sembilan dengan PPM Daerah Seremban TImur bertindak sebagai penyelaras program.

Sejajar dengan pandemik COVID19 yang menghadkan pergerakan Ahli Pengakap untuk menjalankan aktiviti secara bersemuka, kuiz ini turut melatih ahli agar bijak membahagikan masa dalam mengulangkaji dan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan secara maya dan pada masa yang sama tidak meminggirkan keperluan rohani bersama keluarga.

Pecahan calon-calon mengikut daerah adalah seperti berikut:

01 PPM DAERAH PORT DICKSON
01 PPM DAERAH REMBAU
04 PPM DAERAH KUALA PILAH
05 PPM DAERAH JEMPOL
25 PPM DAERAH TAMPIN
35 PPM DAERAH SEREMBAN BARAT
56 PPM DAERAH SEREMBAN TIMUR

Jumlah calon: 127 orang

Terdapat 50 soalan objektif dipecahkan kepada 4 topik yang terdapat di dalam skim latihan Lencana Jayadiri Pengakap Remaja. Setiap calon telah diberi masa selama 1 jam 15 minit untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan. Syarat lulus minima yang ditetapkan ialah 70% dari keseluruhan markah penuh iaitu 100%.

Dari seramai 127 orang calon yang menyertai kuiz ini, seramai 91 orang calon telah lulus dengan mendapat markah diantara 70% - 100%. Manakala baki seramai 36 tidak berjaya melepasi syarat minima lulus iaitu 70% kerana mendapat markah diantara 22 - 68% sahaja. 

Pecahan calon lulus dan gagal adalah seperti berikut:

Lulus 100% : 12 orang
90% - 98% : 53 orang
80% - 88% : 17 orang
70% - 78% : 9 orang
22% - 68% : 36 orang

Jumlah calon: 127 orang

Syabas dan tahniah kepada calon-calon yang telah lulus Kuiz Ujian Lencana Jayadiri Pengakap Remaja, Program Pengakap Duduk Rumah 2021. Terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru pemimpin pengakap kerana berjaya mengumpulkan calon di era norma baharu yang hanya bergantung kepada atas talian sahaja.

Seterusnya, calon-calon akan menyiapkan rakaman video amali Lencana Jayadiri dan memuat-naik rakaman tersebut ke platfom youtube.com bersama-sama dengan rakaman buku log Lencana Jayadiri (calon perlu merakam setiap halaman buku log dari muka depan hingga halaman yang terakhir) untuk dinilai pemahaman mereka mengenai topik-topik yang terdapat di dalam Skim Latihan Lencana Jayadiri dan seterusnya disemak dan disah akan buku log mereka.

17-19 Ogos 2021 : Pendaftaran (LJ & LK)
21 Ogos 2021 : Kuliah GM (LJ& LK)
28 Ogos 2021 : Ujian Kuiz Lencana Jayadiri
29 Ogos-4 Sept 2021 : Amali Video (LJ)
5-11 Sept 2021 : Amali Video (LK)
6-7 Sept 2021 : Semakan buku log (LJ)
13-14 Sept 2021 : Semakan buku log (LK)

Antara maklum balas dari calon-calon yang mengikuti kuiz Ujian Lencana Jayadiri:





Selamat berjaya diucapkan kepada semua.

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)