Selasa, 17 Ogos 2021

PROGRAM PENGAKAP DUDUK RUMAH LENCANA JAYADIRI & LENCANA KEGIATAN PPMNS 2021

 


Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pengakap Duduk Rumah bagi Lencana Jayadiri & Lencana Kegiatan Pengakap Remaja anjuran Persekutuan Pengakap Malysia Negeri Sembilan telah pun dibuka pendaftarannya.

Program ini dikendalikan oleh PPM Daerah Seremban Timur bagi Lencana Jayadiri dan PPM Daerah Jempol untuk Lencana Kegiatan. Program disasarkan kepada ahli Pengakap Remaja Tingkatan 4 dan 5 yang berdaftar pada tahun 2021.

Tiada yuran penyertaan dikenakan. Calon perlu mengikut kaedah ujian yang dinyatakan dan melengkapkannya untuk mendapatkan sijil penyertaan dan sijil pencapaian peringkat negeri disamping layak menerima sijil lulus kedua-dua lencana.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor telefon yang tertera.

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)