Sabtu, 16 Oktober 2021

KEHANGATAN JOTA JOTI 2021.MULA DIRASAI

Alhamdulilah .. sejak hari Jumaat 15 Oktober hingga ke tengahari ini 16 Oktober 2021, bertalu-talu penyertaan para peserta dari Malaysia dalam melaksanakan setiap tugasan anjuran jotajoti.pengakapmalaysia.org. Namun, atas semangat persahabatan atas talian, para peserta telah sama-sama bantu-membantu agar kejayaan dapat dikecapi bersama. Tahniah!


Menjelang petang, peserta-peserta yang telah melengkapkan 3 tugasan dan mendapat sijil penyertaan telah maju setapak lagi dengan menyertai aktiviti anjuran WOSM pula di jotajoti.info

Berbagai pandangan diluahkan semasa menjalankan tugasan WOSM yang lebih mencabar ini. Namun rata-rata peserta tampak berazam untuk meneruskan aktiviti-aktiviti hingga berjaya. Tahniah! .. Semangat begini yang kita mahukan.

Esok, Ahad 17 Oktober 2021 jam 11.59 malam merupakan hari terakhir JOTA JOTI 2021. Sesiapa yang belum menyelesaikan tugasan di jotajoti.pengakapmalaysia.org masih berpeluang untuk merasai sendiri suasana setahun sekali ini disamping mendapat sijil penyertaan.


JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)