Rabu, 27 Oktober 2021

KURSUS PROFESIONALISME KEPENGAKAPAN PEMIMPIN DAERAH SEREMBAN TIMUR (SIRI 2)

Tarikh : 27hb. Oktober 2021 (Rabu)
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Atas talian
Kehadiran : 30 orang pemimpin


Syukur alhamdulillah, satu lagi siri webinar Kursus Profesionalisme KePengakapan Pemimpin Daerah Seremban Timur telah berlangsung dengan kehadiran lebih 30 orang pemimpin dari Unit Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda & Pengakap Remaja.


Program bermula dengan ucapan aluan dari Pengerusi Unit Program, Puan Siti Roditar Wahab yang mengalu-alukan kehadiran para pemimpin. Beliau juga mengharapkan para pemimpin akan terus bersama hingga ke akhir program demi mendapatkan sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama para pemimpin lain di sekolah.


Program diteruskan dengan pembentangan skim latihan Pengakap Kanak-Kanak oleh Setiausaha Unit Program, Puan Norhamiza Md Desa. Beliau turut menerangkan keperluan berkoloborasi dengan masyarakat setempat untuk menjayakan program-program yang memerlukan kemahiran pihak ketiga.


Seterusnya perkongsian berkenaan skim latihan Pengakap Muda oleh Pengerusi Unit Latihan, Tuan Mohd Said Nordin. Beliau turut berkongsi pengalaman semasa mengendalikan Unit Pengakap Muda di sekolahnya dahulu.


Seterusnya perkongsian mengenai skim latihan Pengakap Remaja oleh Ketua Unit Pengakap Remaja, Tuan Abdul Aziz Wahab. Beliau turut berkongsi tentang rancangan tahunan Unit Pengakap Remaja dan juga keperluan memahami Sistem BerPatrol.


Selepas itu, Puan Norhamiza sekali lagi telah berkongsi dengan semua yang hadir dengan rancangan tahunan untuk unit Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda. Majlis berakhir dengan ucapan terima dari Puan Siti Roditar Wahab.

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)