Selasa, 30 November 2021

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN TUAN AZIRUDDIN BIN ABDUL AZIZ


Selamat menyambut Hari Ulang Tahun kelahiran diucapkan kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan, Tuan Aziruddin Bin Abdul Aziz. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dianugerahkan dengan kesihatan yang baik dan dikurnia kekuatan untuk beribadah kepada Allah dan sentiasa mendapat panduan dan hidayah dalam apa jua yang dilakukan dalam hidup ini.

Jumaat, 26 November 2021

DAERAH SEREMBAN TIMUR TERUS MAJU KE MERCU JAYA

SK Senawang 3
SK Senawang 3

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga PPM Daerah Seremban Timur (DST) yang terus aktif mengembangkan minat, kesungguhan, pengetahuan dan kemahiran masing-masing dalam berPengakap walaupun negara masih berada di dalam fasa "endemik" serta aktiviti bersemuka di peringkat sekolah masih belum boleh dijalankan lagi.

Khamis, 18 November 2021

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN TUAN HAMDAN


Selamat menyambut Hari Ulang Tahun kelahiran diucapkan kepada Tuan Hamdan Bin Mohd Nor, mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dianugerahkan dengan kesihatan yang baik dan dikurnia kekuatan untuk beribadah kepada Allah dan sentiasa mendapat panduan dan hidayah dalam apa jua yang dilakukan dalam hidup ini.

Selasa, 9 November 2021

TAHNIAH MUHAMMAD SYABIL BIN NOR MOHHEMMAD


Tahniah diucapkan kepada Muhammad Syabil Bin Nor Mohhemmad dari Pasukan Pengakap Kelana 'A' Seremban Timur (PPKAST @ Apachie Rovers) di atas kejayaan dipilih sebagai ahli delegasi Persekutuan Pengakap Malaysia ke "10th Asia-Pacific Regional Scout Youth Forum 2022".

Khamis, 4 November 2021

Isnin, 1 November 2021

KURSUS PROFESIONALISME KEPENGAKAPAN PEMIMPIN DAERAH SEREMBAN TIMUR (SIRI 3/AKHIR)

Tarikh : 1hb. November 2021 (Isnin)
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : Atas talian
Kehadiran : 21 orang pemimpin


JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)