Jumaat, 26 November 2021

DAERAH SEREMBAN TIMUR TERUS MAJU KE MERCU JAYA

SK Senawang 3
SK Senawang 3

Tahniah diucapkan kepada seluruh warga PPM Daerah Seremban Timur (DST) yang terus aktif mengembangkan minat, kesungguhan, pengetahuan dan kemahiran masing-masing dalam berPengakap walaupun negara masih berada di dalam fasa "endemik" serta aktiviti bersemuka di peringkat sekolah masih belum boleh dijalankan lagi.

SMK Methodist ACS Seremban

Sukacita dimaklumkan, ahli-ahli Pengakap PPM DST dengan dibantu oleh guru-guru Pengakap sekolah masing-masing telah mengambil inisiatif untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Negeri Sembilan serta Pejabat Pendidikan Daerah Seremban.

Penyertaan anak-anak Pengakap ini dengan bantuan guru Pengakap sekolah telah mendapat pengiktirafan selayaknya yang mana berbagai kejayaan telah diraih malah ada yang bergelar johan dalam pertandingan yang telah dianjurkan. Berikut adalah makluman lanjut tentang pertandingan dan pencapaian warga PPM Daerah Seremban Timur.


PROGRAM PEMBANGUNAN DAN PERTANDINGAN ATAS TALIAN "PUSAKO ONLINE CHALLENGE" SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2021
Pencapaian : Peringkat Negeri

SMK PENDETA ZA'BA
Pertandingan Lukisan Alam (Lelaki SM)
Pencapaian : Tempat ke 6
Peserta : Syazlan Hakimie Mohd Nur Syafazid bin Abdul Hakim

SJK (T) LORONG JAVA SEREMBAN
Pertandingan Lukisan Alam (Perempuan SR)
Pencapaian : Tempat ke 4
Peserta : Nemisha a/p Murali

Pertandingan Lukisan Alam (Lelaki SR)
Pencapaian : Tempat ke 7
Peserta : Durgeesh a/l Suganthan 

Pertandingan Ikhtiar Hidup (Perempuan SR)
Pencapaian : Tempat ke 5
Peserta : Nemisha a/p Murali

SK KING GEORGE V
Pertandingan Ikhtiar Hidup (Lelaki SR)
Pencapaian : Johan
Peserta : Muhammad Arham Shah bin Izwan Shah

SK SENAWANG 3
Pertandingan Kawad Kaki (Lelaki SR)
Pencapaian : Tempat ke 4, ke 5 dan ke 6
Peserta : Muhammad Yusrizal Aiman bin Yusnoor, Adra Faqih Qairan bin Mohd Adza dan Firdous Rayyan Khan bin Sarfaraz Khan

Pertandingan Lukisan Alam (Perempuan SR)
Pencapaian : Tempat ke 6
Peserta : Nurul Basyirah binti Mohd Fairus

Pertandingan Pembinaan Gajet (Perempuan SR)
Pencapaian : Johan dan ke 3
Peserta : Nur Ain Insyirah binti Yusri dan Nur Raudhah binti Ruzelan

Pertandingan Pembinaan Gajet (Lelaki SR)
Pencapaian : Johan, naib johan, ke 3 dan ke 4
Peserta : Adam Hafiy bin Mohamad Nizam, Adra Faqih Qairan bin Mohd Adza, Aqeef Hafiy bin Mohamad Nizam dan Muhammad Aisar Saqeef bin Mohd Shaifulnizam

Pertandingan Ikhtiar Hidup (Perempuan SR)
Pencapaian : Tempat ke 4
Peserta : Nur Raudhah binti Ruzelan

Pertandingan Ikhtiar Hidup (Lelaki SR)
Pencapaian : Tempat ke 3, ke 4, ke 6, ke 7 dan ke 8
Peserta : Umar Qayyum bin Mohd Hanif, Adra Faqih Qairan bin Mohd Adza, Daris Airil bin Khairul Faizal, Adam Hafiy bin Mohamad Nizam dan Aqeef Hafiy bin Mohamad Nizam

Penyertaan Teramai (SR)
Pencapaian : Johan
Jumlah Peserta : 202 ahli Pengakap


PROGRAM SIRI FORUM WEBINAR DAN KUIZ DALAM TALIAN PENGAKAP LAUT ANJURAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA 2021
Pencapaian : Peringkat Kebangsaan

SMK METHODIST ACS SEREMBAN
Pertandingan Kuiz Online (Lelaki SM)
Pencapaian : Naib Johan, ke 3, ke 4 dan ke 5
Peserta : Jeffrey Chan Ping Rong, Ian Foo Zhen Yi, Jackie Lom Kok Hey dan Tan Zheng Yi


PROGRAM KARNIVAL PENDIDIKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS 2021

SMK TAMAN TUANKU JAAFAR
Pertandingan Gajet Perkhemahan (Lelaki SM - Peringkat Kebangsaan) 
Pencapaian : Ke 5
Peserta : Muhammad Fitri Karim Bin Abdul Razzaq

Pertandingan Gajet Perkhemahan (Lelaki SM - Peringkat Negeri) 
Pencapaian : Johan
Peserta : Muhammad Fitri Karim Bin Abdul Razzaq

Pertandingan Gajet Perkhemahan (Lelaki SM - Peringkat Daerah) 
Pencapaian : Johan
Peserta : Muhammad Fitri Karim Bin Abdul Razzaq

Tahniah dan syabas!

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)