Selasa, 9 November 2021

TAHNIAH MUHAMMAD SYABIL BIN NOR MOHHEMMAD


Tahniah diucapkan kepada Muhammad Syabil Bin Nor Mohhemmad dari Pasukan Pengakap Kelana 'A' Seremban Timur (PPKAST @ Apachie Rovers) di atas kejayaan dipilih sebagai ahli delegasi Persekutuan Pengakap Malaysia ke "10th Asia-Pacific Regional Scout Youth Forum 2022".

Muhammad Syabil telah dipilih bersama 10 orang lagi ahli Pengakap seluruh Malaysia oleh Jawatankuasa Program Negara (JKPN) PPM Kebangsaan hasil pemerhatian mereka semasa Forum Kepimpinan Belia Kebangsaan 3.0 2021 yang telah berlangsung pada 29-31 Oktober 2021 yang baru lalu.

Beliau dilahirkan pada 3hb. Februari 1999 dan merupakan anak jati Negeri Sembilan. Mula menyertai Unit Pengakap Kelana semasa menuntut di Tingkatan 6 di SMK Seri Ampangan dan seterusnya menyertai Apachie Rovers selepas tamat persekolahan. Kini beliau merupakan pelajar jurusan Bachelor Of Economics (Honors) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak.

Menerusi Apachie Rovers, beliau bergerak aktif berkhidmat semasa perkhemahan-perkhemahan di sekolah, mendekati dan membantu golongan gelandangan dan anak-anak yatim serta aktiviti-aktiviti kePengakapan anjuran PPM Daerah Seremban Timur seperti sambutan Hari Pengasas Pengakap dan aktiviti-aktiviti lain di dalam dan di luar daerah Seremban. Disamping itu, beliau turut memegang beberapa jawatan seperti Bendahari dan Exco Multimedia Apachie Rovers, Assistant Module & Training Kumpulan Latihan Kelana Malaysia (KLKM) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Selangor.

Beliau juga kerap menyertai forum, kursus dan seminar anjuran PPM Kebangsaan seperti National Scout Youth Leadership 1.0 dan 3.0 malah turut dilantik sebagai fasilitator bagi National Scout Youth Leadership 2.0. Beliau turut berkongsi perasaan beliau setelah terpilih sebagai Pemerhati Delegasi Malaysia:

"Forum Kepimpinan Belia Kebangsaan 3.0 2021 menjadi platform yang terbaik untuk kami, Pengakap, untuk meluaskan ilmu kePengakapan di peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, semua peserta yang menyertai Forum Kepimpinan Belia Kebangsaan 3.0 2021 telah memberi kesungguhan yang tinggi demi menunjukkan yang terbaik.

Alhamdulillah rezeki daripada Allah SWT mengizinkan saya berpeluang untuk menjadi antara yang terpilih sebagai pemerhati di bawah Negeri Sembilan untuk bersama menyumbang tenaga dan idea kepada delegasi daripada Malaysia kelak. 

Harapan saya agar delegasi daripada Malaysia dapat menyumbangkan idea yang terbaik dalam menyuarakan suara belia di peringkat benua Asia Pasifik di samping dapat mengharumkan nama Pengakap Malaysia. Justeru, platform yang diberikan seharusnya digunakan sehabis baik demi faedah belia serantau."

Selamat maju jaya diucapkan kepada Muhammad Syabil. Semoga segala ilmu dan pengalaman dapat dikongsikan bersama-sama rakan yang lain demi kemajuan Daerah Seremban Timur khasnya dan Pengakap Negeri Sembilan amnya.



JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)