Isnin, 10 Januari 2022

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 10 TAHUN 2021

Tarikh : 8 Januari 2022 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Dewan D’Ark 1, Jalan Paroi-Senawang, Seremban
No. Ruj : PPDS.600-3 (46) bertarikh 28 Disember 2021


Alhamdulillah Majlis Pengakap Daerah Seremban Timur telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kali ke 10 tahun 2021 mengikut ketetapan seperti di atas. 


AGM kali ke 10 ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Pengakap DST sendiri yang merupakan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Seremban iaitu Tn Haji Norazam Bin Haji Nayan.


Dalam ucapan perasmian beliau mengharapkan penglibatan semua ahli pengakap daripada setiap unit dan pemimpin perlu lebih aktif mendapatkan ilmu dan kemahiran kepengakapan kerana akan membantu membentuk peribadi seorang yang bertanggungjawab dan berjaya.


Tn Haji Norazam turut menyampaikan sijil Anugerah Pemimpin Cemerlang 2021 kepada Puan Nurhamiza binti Md Desa di atas kecemerlangan dan kejayaan beliau diperingkat kebangsaan sebagai Johan kategori Anugerah Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak Terbaik dan Tempat Ketiga kategori Anugerah Penolong Pesuruhjaya Daerah Terbaik  dalam Majlis Budi Dijunjung  Bakti Disanjung anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia pada 18 Disember 2021 lalu.


Pada AGM kali ini, Ahli Jawatankuasa Majlis bagi sesi 2019-2020 telah dibubarkan dan Ahli Jawatankuasa baharu telah dilantik bagi penggal 2022-2023 yang akan berakhir pada Mac 2024.

Berikut ialah senarai Jawatankuasa baharu bagi penggal 2022-2023;

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS PENGAKAP DAERAH SEREMBAN TIMUR SESI 2022/2023

Pengerusi:
Tn Haji Norazam bin Haji Nayan
Pegawai Pendidikan Daerah Seremban

Naib Pengerusi 1:
En. Puspanathan a/l Sellam
(Peguam Bela & Peguam Cara)

Naib Pengerusi 2:
Tuan Hj. Mohammad Hanafiah  Bin  Hj. Maulud
(Persatuan Sejarah Negeri Sembilan)

Setiausaha Kehormat:
En. Mohd Affandi Bin Abu
(IPG Kampus Raja Melewar)

Penolong Setiausaha Kehormat:
Pn Nurhamiza binti Md Desa
(SK Taman Tuanku Jaafar 2)

Bendahari Kehormat:
En. A Halim Bin Saat
(SMK Senawang)

Pemeriksa Kira-kira:
1. Cik Paezah bt Hamzah  (SMT Tuanku Jaafar)
2. Pn Norazian (SK Taman Sri Mawar)

Ahli Jawatankuasa:
1. Pengetua SM Teknik Tuanku Jaafar
2. Pengetua SMK Warisan Puteri
3. Pengetua SMK Seremban Jaya
4. Pengetua SMK Seri Pagi
5. Guru Besar SK KGV
6. Guru Besar SK Nyatoh
7. Guru Besar SK Senawang
8. Guru Besar SK Taman Seri Pagi
9. Guru Besar SJK ( C ) Kg Baru Rahang
10. Guru Besar SJK ( T ) Rantau
11. En Muhammad Said bin Nordin

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)