Rabu, 19 Januari 2022

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH SEREMBAN TIMUR (BIL 1/2022)

Tarikh : 19hb. Januari 2022 (Rabu)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Lokasi : Muto Kopi Seremban, Plaza S2 Heights, Seremban 2, Negeri Sembilan
No. Ruj : PPDS.600-3.Jld.2 (49) bertarikh 12 Januari 2022


Majlis bermula dengan pembentangan struktur organisasi Majlis Pesuruhjaya Pengakap PPM Daerah Seremban Timur (MPP DST) 2022/2023 oleh Pesuruhjaya Daerah, Puan Nordiana binti Zulkefli.


Beliau memaklumkan beberapa pendekatan telah diambil bagi memastikan unit-unit yang terdapat di dalam daerah diterajui oleh Penolong Pesuruhjaya Daerah yang benar-benar komited dalam meningkatkan kemenjadian anak-anak Pengakap disamping turut menerima cadangan dan pandangan dari Penolong Pesuruhjaya Daerah yang hadir.


Selepas itu ucapan dari Naib Pengerusi 2 Majlis Pengakap Daerah PPM Daerah Seremban Timur (MPD DST), Tuan Haji Mohamad Hanafiah bin Haji Maulud. Antara lain beliau berharap agar struktur organisasi baru MPP DST dapat menaikkan lagi nama PPM Daerah Seremban Timur.


Beliau memaklumkan bahawa MPD DST sudi membantu segala program DST. Beliau turut menyuarakan rancangan bersama MPP DST utk membangunkan semula Kem Mubin Shepard dengan kerjasama Majlis Perbandaran Seremban (MPS).


Selepas itu pembentangan takwim tahun 2022/2023 oleh Pengerusi Unit Program DST, Puan Siti Roditar binti Abdul Wahab. Beliau meminta agar Penolong Pesuruhjaya Daerah yang hadir agar dapat sama-sama memperincikan takwim agar menjadi lebih berdaya saing.


Pembentangan seterusnya dari Penyelaras Rambu Pengakap Kanak-Kanak (PKK), Puan Nurhamiza binti Md Desa. Antara lain beliau berkongsi informasi tentang Ujian Rambu yang  akan dijalankan disepanjang bulan Januari sehingga pertengahan bulan Februari 2022. Setakat ini, seramai 35 calon Rambu PKK daripada 8 buah sekolah dalam DST telah mendaftar. Ujian Lisan akan diadakan secara dalam talian pada 8hb dan 9hb Februari 2022 manakala Ujian bertulis pula pada 12 Februari 2022.


Majlis penuh informasi ini berjalan dalam suasana santai di mana semua yang hadir turut memberi cadangan serta pandangan untuk dibahaskan sebelum diambil kata putus. Namun, ada juga beberapa perkara lain yang perlu dihalusi dan akan dibincang dengan lebih lanjut. Majlis berakhir sekitar jam 5.00 petang.

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)