Sabtu, 16 Julai 2022

PETRA BOYZ (SMA DATO KELANA PETRA MAAMOR) UNGGUL DI NS SCOUT ESPORTS CHALLENGE 2022

Tarikh : 16 Julai 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Lokasi : SK Rahang
Anjuran : Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan


Syabas diucapkan kepada ahli Pengakap Remaja Sekolah Menengah Agama Dato Kelana Petra Maamor kerana berjaya muncul sebagai johan keseluruhan mengatasi 35 pasukan lain dari seluruh Negeri Sembilan dalam pertandingan PUBG anjuran PPM Negeri Sembilan.


Pasukan yang dibimbing oleh Cikgu MUHAMMAD WALIFF AZIFAR BIN NORIZAN telah dibarisi oleh MOHD AFIQ HASSYIM BIN AZAHARI, AHMAD AMEER AL HAKIM BIN AHMAD ZAKI, RAJA HAZAREFF AIMAN BIN RAJA MOHD SIRIM, HASSAN AS SHINAWI BIN MUHD HASIF dan MOHAMAD SYABIL SYAHMI BIN MOHAMAD ARSYAD telah membawa pulang medal johan beserta sijil.


Moga kejayaan ini dapat memberikan inspirasi kepada ahli-ahli Pengakap PPM Daerah Seremban Timur khasnya untuk sama-sama menjadi yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburi.

Tahniah sekali lagi!

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)