Ahad, 31 Julai 2022

UJIAN LENCANA KERIS PERAK 2022

Tarikh : 30 Julai 2022 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Lokasi : SK Senawang
No. Ruj : PPDS.600-3/1/3 (24)
Kehadiran : 98 ahli Pengakap Kanak-Kanak


Seramai 98 oramg ahli Pengakap Kanak-Kanak dari 11 buah sekolah di dalam PPM Daerah Seremban Timur telah mengambil bahagian dalam Ujian Lencana Keris Perak secara berpusat.


Program bermula dengan pendaftaran pada jam 8.00 pagi diikuti taklimat perjalanan program oleh Ketua Unit Pengakap Kanak-Kanak, Tuan Amroz Bin Mokhtar.


Selepas itu, Istiadat Laung Agong telah dijalankan yang diketuai oleh Tuan Mohd Zulkhairi Bin Mohd Ali, Ketua Unit Pengakap Pendidikan Khas (Sekolah Rendah). Selepas itu, ucapan dari Pesuruhjaya Daerah, Puan Nordiana Binti Zulkefli yang antara lain mengalu-alukan kehadiran peserta bersama guru pengiring masing-masing.


Selepas itu, ahli dipecahkan kepada 5 kumpulan umtuk ujian kawad statik. Selepas itu, peserta telah bergerak ke stesen-stesen seperti stesen melipat dan menaikkan bendera, stesen pertolongan cemas, stesen simpulan dan ikatan dan stesen kraftangan (tripod).


Rata-rata ahli merasa teruja kerana dapat melakukan aktiviti di kawasan terbuka selepas era Covid19 menuju ke penghujung. 


Selain dari ujian-ujian kemahiran di stesen-stesen, buku log Lencana Keris Perak turut disemak dan telah diumumkan rangkuman penambahbaikkan oleh Puan Nurhamiza Binti Md. Desa, Setiausaha Unit Program merangkap Penyelaras Rambu Pengakap Kanak-Kanak.


Program selesai sekitar jam 4.00 petang dan majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Hanafiah Bin Maulud, Naib Pengerusi 2, Majlis Pengakap Daerah Seremban Timur.




JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)