SEJARAH

~ DALAM PEMBINAAN ~

Pergerakan Pengakap telah diperkenalkan di Negeri Sembilan pada tahun 1926 oleh R Brunstone, Bird Smith & Roger Smith. Antara sekolah yang terawal menjalankan aktiviti kePengakapan di Negeri Sembilan dipercayai adalah SMK King George V, Seremban sejak dari penubuhannya pada tahun 1923.

Sekitar tahun 1996, Pengakap Daerah Seremban telah dibahagikan kepada dua daerah iaitu Seremban Barat dan Seremban Timur. Sekitar tahun ini jugalah PPM Seremban Timur berusaha mencari tapak perkhemahan sendiri agar dapat melaksanakan aktiviti kePengakapan dengan lebih tersusun berkonsepkan "kembali ke asal".

Hasil dari pencarian Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Seremban Timur ketika itu iaitu Tuan Haji Mohammad Hanafiah Bin Haji Maulud di Pejabat Tanah Daerah Seremban mendapati ada sebidang tanah telahpun dirizabkan untuk Pengakap dengqn merujuk kepada fail pejabat tanah PTS 370/131/89/01 lokasi lembar piawai 46-D, 47-C & 56-B dengan keluasan 13 ekar.

Seterusnya dengan bantuan ahli-ahli Pengakap Daerah Seremban Timur, papan tanda "Kem Pengakap Bukit Putus" telah berjaya dinaikkan dan dengan rasa tanggungjawab penolong pesuruhjaya daerah, sebuah dewan terbuka serta sebuah blok tandas mengandungi 5 unit telah berjaya dibina pada awal Mei 1998 hasil dari wang simpanan peribadi dan sumbangan orang ramai yang menyokong usaha murni pergerakan Pengakap ketika itu.

Pada tahun 2007, Kem Pengakap Bukit Putus telah diserahkan kepada PPM Negeri Sembilan dan telah dinaik taraf sebagai "Kem Pengakap Negeri Sembilan".

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)