Sabtu, 1 Februari 2020

PENDAFTARAN KEAHLIAN TAHUN 2020

Pendaftaran keahlian tahunan boleh dibuat mulai sekarang.  Surat siaran JPPNS dan Borang Excel boleh dimuat-turun di pautan di bawah. 

Semua borang hendaklah dimuat-naik menggunakan borang serahan online.  Hanya akaun Gmail sahaja boleh memuat-naik dokumen yang diperlukan.



Bagi memastikan urusan pendaftaran berjalan lancar, sila pastikan tuan/puan mengikut langkah berikut :
  1. Muat-turun borang pendaftaran PPM1(A) (format Excel 97-2003)
  2. Buka borang menggunakan Microsoft Excel dan bukan Google Sheet
  3. Lengkapkan butiran yang diperlukan
  4. Bayaran pendaftaran dari sekolah / kumpulan hendaklah dibuat melalui Pesuruhjaya Pengakap Daerah.  
  5. Buka pautan untuk muat-naik dokumen pendaftaran.  Pastikan tuan/puan membuka pautan tersebut menggunakan akaun Gmail SAHAJA.
  6. Isikan maklumat-maklumat yang diperlukan
  7. Muat-naik dokumen seperti berikut mengikut format nama seperti berikut : 

  • Borang Excel PPM1(A) - PPM1(A)2020-Daerah-Sek-NoKump.* (xls,xslx)
  • Borang Excel PPM1(A) yang telah ditandatangan - PPM1(B)2020-Daerah-Sek-NoKump.* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)
  • Bukti pembayaran - Bayaran-Daerah-Sek-NoKump.* (pdf,jpg,jpeg,png,bmp)

Fasa pertama pendaftaran Tahun 2020 akan ditutup pada 28 Februari 2020.

Sebarang pertanyaa atau maklumat lanjut, sila hubungi Pesuruhjaya Daerah, Puan Nordiana Zulkifli ditalian 013-321 1904 ataupun Penolong Pesuruhjaya Daerah (Unit Pentadbiran) Puan Nurul Aida Binti Ali ditalian 019-511 2606.

Sekian, harap maklum.

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)