Sabtu, 31 Ogos 2019

MERDEKA!!! ... MERDEKA!!! ... MERDEKA!!!


Selamat menyambut ulangtahun HARI KEMERDEKAAN KE 62 dari PPM SEREMBAN TIMUR kepada semua warga Persekutuan Pengakap Malaysia khasnya serta kepada seluruh warga Malaysia amnya.

Berapa ramaikah diantara warga Pengakap Malaysia maupun rakan kita masih mengingati SEMANGAT RUKUNEGARA?

BAHAWASANYA ... NEGARA KITA MALAYSIA, mendukung cita cita hendak ... 
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara satu cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak
  • Membina satu masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden

MAKA KAMI ... RAKYAT MALAYSIA, berikrar akan menumpukan sekuruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai citi cita tersebut berdasarkan atas prinsip prinsip yang berikut ... 

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetian kepada raja dan negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang undang
Kesopanan dan kesusilaan

Negara telah mencapai kemerdekaan selama 62 tahun. Adakah pemikiran warga Pengakap Malaysia juga seiring dengan kemerdekaan yang telah dikecapi?

Adakah warga Pengakap Malaysia masih dengan tanggapan bahawa berpadalah mereka bersyukur dengan kemerdekaan yang telah dinikmati dan bermegah dengan kibaran Jalur Gemilang disetiap penjuru kenderaan serta rumah masing²?

Anda warga Pengakap Malaysia yang merdeka. Anda tentukan sendiri ...

Isnin, 19 Ogos 2019

TAHNIAH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD


Sekalung ucapan tahniah buat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di atas perlantikan sebagai Presiden Agong, Persekutuan Pengakap Malaysia serta penganugerahan Anugerah Bintang Semangat Padi Kelas Pertama (Emas) iaitu anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia oleh Ketua Pengakap Negara Tan Sri Dr Shafie Mohd Salleh di Bangunan Perdana Putra hari ini.


Ahad, 11 Ogos 2019

SALAM AIDIL ADHA 1440H!

Salam Aidil Adha 1440 Hijriah Daripada Pesuruhjaya Daerah, Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin, Penolong Pemimpin & Seluruh Warga Pengakap Daerah Seremban Timur