Sabtu, 22 Februari 2020

SEKITAR SAMBUTAN HARI PENGASAS PENGAKAP DAERAH SEREMBAN TIMUR 2020


Sekitar Sambutan Hari Pengasas Pengakap Daerah Seremban Timur 2020 bertempat di Muzium Negeri Sembilan, Seremban. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pesuruhjaya Negeri, Tuan Aziruddin Aziz yang turut menyempurnakan penyampaian watikah perlantikan bagi semua Penolong Pesuruhjaya Daerah Seremban Timur sesi 2020/2021.



Berbagai aktiviti telah dilaksanakan khas untuk menarik minat ahli-ahli Pengakap dari Unit Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan tidak ketinggalan Pengakap Pendidikan Khas dengan jumlah kehadiran semuanya dianggarkan mencecah 300 ahli Pengakap Daerah Seremban Timur dan daerah-daerah serta negeri berdekatan.


Terima kasih diucapkan kepada pihak Muzium Negeri Sembilan di atas kebenaran mengadakan program Sambutan Hari Pengasas Daerah Seremban Timur untuk tahun kedua berturut-turut di perkarangan muzium


Terima kasih juga kepada Penolong Pesuruhjaya Negeri, Penolong Pesuruhjaya Daerah, Pemimpin, Penolong Pemimpin, Pasukan Kelana dan Pengakap Raja Daerah Seremban Timur yang telah memberikan kerjasama terbaik dalam menjayakan program tahunan ini


Kepada semua ahli Pengakap, diucapkan Selamat Hari Pengasas 2020


#HariPengasas #BPDay


JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)