Isnin, 6 April 2020

SEKITAR SUMBANGAN PPE KE JABATAN KESIHATAN WPKL OLEH PPKAST APACHIE ROVERS


Sukar diungkapkan dengan kata-kata apabila melihat dan menerima gambar-gambar daripada barisan hadapan yang memakai 'face shield' pemberian Pasukan Pengakap Kelana 'A' Seremban Timur (Apachie Rovers).



Terharu dan gembira kerana sedikit sebanyak ini adalah sumbangan bakti Apachie Rovers kepada mereka barisan hadapan yang masih kekal bersemangat dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.


Untuk makluman semua, pihak Apachie Rovers masih memerlukan sumbangan wang ringgit dan bahan untuk membuat face shield. Ini adalah kerana permintaan daripada barisan hadapan untuk terus membantu mereka dalam menyediakan face shield ini. Maka untuk menjawab "TIDAK" dalam situasi dan keadaan ketika ini bukanlah pilihan yang ada.

Teruskan menyumbang untuk membantu mereka. Sumbangan anda boleh terus dibuat seperti berikut :

Nama Bank : Bank Simpanan Nasional
No. Akaun : 0510041100000793
Nama Akaun : Kelab Sukan Elektronik Darul Khusus
Reference : COVID19 


JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)