Ahad, 1 Ogos 2021

SEMBANG SANTAI SEMPENA HARI SKAF SEDUNIA PPMNS 2021

Tarikh : 1 Ogos 2021
Masa : 9.00 malam - 10.30 malam
Lokasi : Atas talian 

Tahniah kepada PPMNS kerana berjaya menganjurkan program Hari Skaf Sedunia atau Scout Scarf Day 2021. Perkongsian bersama Pesuruhjaya Latihan Negara, Tuan Dr. Ekbert Yong Yen Loong, Pesuruhjaya Program Negara, Tuan Haji Mohd Zulkifli Maulud dan tidak ketinggalan, Ketua Pesuruhjaya Negeri PPMNS, Tuan Aziruddin Bin Abdul Aziz ini turut disertai Pengerusi Program Pengakap Negara Brunei Darus Salam, Tuan Zainudin Ishak yang merupakan anak jati Negeri Sembilan sebelum berhijrah ke Negara Brunei.


Turut memeriahkan program ini ialah Pesuruhjaya Daerah PPMDST, Puan Nordiana Zulkefli dan Penolong Pesuruhjaya Daerah PPMDST, Cik Paezah Hamzah yang turut berkongsi antara skaf-skaf Pengakap yang banyak menyimpan kenangan pada mereka.



Program juga turut diserikan dengan demonstrasi membuat simpulan persahabatan (friendship knot) menggunakan skaf pengakap oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri PPMNS, Tuan Ismail Mahad. Penyertaan dianggarkan mencecah 600 ahli Pengakap berdaftar sekitar Negeri Sembilan.

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)