Khamis, 14 Julai 2022

MESYUARAT MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP BIL 2/2022 & MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PERLANTIKAN AHLI MAJLIS PESURUHJAYA PENGAKAP 2022-2024 PPM DAERAH SEREMBAN TIMUR

Tarikh : 14 Julai 2022 (Khamis)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Lokasi : Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Jaya, Seremban
No. Ruj. : PPDS.600-3Jld.2 (28)


Majlis Pesuruhjaya Pengakap PPM Daerah Seremban Timur telah menjalankan mesyuarat kali ke 2 untuk tahun 2022 dengan kehadiran mencecah hampir 100%!


Majlis telah dimulakan dengan meperbaharui Persetian Pengakap serta bacaan doa. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Daerah, Puan Nordiana Binti Zulkefli. Antara intipati ucapannya, beliau mengalu-alukan kehadiran semua Penolong Pesuruhjaya Daerah yang sudi meluangkan masa demi memajukan aktiviti kePengakapan di dalam Daerah Seremban Timur.


Selepas itu beliau membentangkan laporan minit mesyuarat 1/2022 yang telah diadakan di Cafe Muto Kopi, Seremban 2 pada 19 Januari 2022 dan memohon hadirin untuk mengesahkan laporan mimit mesyuarat tersebut. Cik Paezah Binti Hamzah telah mencadangkan agar laporan tersebut disahkan dan Encik Mohd Fharid Ghafar telah menyokong.


Selepas itu, Puan Nordiana telah menjelaskan beberapa perkara berbangkit bagi memberi pemjelasan kepada semua yang hadir diikuti oleh pembentangan berkenaan isu-isu pentadbiran oleh Puan Nurul Aida Binti Ali.


Selepas itu, Tuan Muhammad Said Bin Nordin, Pengerusi Unit Latihan telah menerangkan aktiviti-aktiviti yang telah dirangka bagi memberi latihan kepada para pemimpin. Sejurus selepas itu, Puan Siti Roditar Binti Abdul Wahab, Pengerusi Unit Program telah membantangkan takwim tahunan dan berharap hadirin semua dapat sama-sama melakdanakan aktiviti yang telah dirancang.


Kemudian beberapa topik berkaitan telah dibincang dan diberi perincian bagi mengatasi sebarang ketidakpastian di kemudian hari. Semua Penolong Pesuruhjaya Daerah telah diminta membentangkan program-program yang telah dirancang dan telah dilaksanakan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.


Selepas itu penyampaian watikah perlantikan Penolong Pesuruhjaya Daerah telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Daerah sendiri. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih atas  sumbangan berterusan para Penolong Pesuruhjaya Daerah semua.




JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)