Jumaat, 3 Januari 2020

TAHNIAH TUAN AZIRUDDIN BIN ABDUL AZIZ


Pesuruhjaya Daerah Seremban Timur beserta Penolong-Penolong Pesuruhjaya, Pemimpin-Pemimpin Kumpulan, Penolong-Penolong Pemimpin Kumpulan dan seluruh warga Pengakap Daerah Seremban Timur mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tuan Aziruddin b Abdul Aziz yang telah dilantik secara rasminya sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan yang baru berkuatkuasa pada 1hb Januari 2020 bagi menggantikan Tuan Hamdan Bin Mohd Nor yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Pengakap Kebangsaan (Bahagian Program).

Tuan Aziruddin bukanlah nama asing di dalam dunia Kepengakapan Negeri Sembilan walaupun memulakan karier berPengakap beliau di PPM WP Kuala Lumpur. Selain dari menjawat jawatan terakhir Penolong Pesuruhjaya Negeri sebagai Pengerusi Latihan & Sumber Dewasa, beliau juga merupakan Setiausaha Lembaga Pentaraf Pengakap Raja PPM Negeri Sembilan.

Sedikit perkongsian eksklusif dari Tuan Aziruddin sendiri berkenaan perjalanan dan pencapaian berPengakap beliau sehinggalah dilantik ke jawatan terkini:

1993 - Pemimpin Kumpulan SK Jalan Padang Tembak, WP Kuala Lumpur
1994 - Penolong Pesuruhjaya Daerah PPM Titiwangsa, WP Kuala Lumpur
1995 - Penolong Pesuruhjaya Daerah PPM Wangsa Maju, WP Kuala Lumpur
1996 - Pesuruhjaya Daerah PPM Wangsa Maju, WP Kuala Lumpur
2001 - Pemimpin Kumpulan SK Taman Seri Pagi, Senawang Negeri Sembilan
2003 - Penolong Pesuruhjaya Daerah PPM Seremban Timur, Negeri Sembilan
2006 - Penolong Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Sembilan
2020 - Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Sembilan

Anugerah :
Pingat Jasa Kebaktian Negeri Sembilan
Sijil Kepujian Ketua Pengakap Negara
Pingat Perkhidmatan Baik
Pingat 100 tahun Persekutuan Pengakap Malaysia
Pingat Perkhidmatan Setia
Pingat 100 tahun PPM Selangor
Bronze Medal Basic Management Course
Pingat Perkhidmatan Lama
Pingat Perkhidmatan Cemerlang

Berikut ucapan sulong dari Ketua Pesuruhjaya Negeri PPM Negeri Sembilan yang baru khas buat seluruh warga Pengakap PPM Negeri Sembilan:

Assalamualaikum dan Salam Pengakap .. 

Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi atas Amanah dan Tanggungjawab yg diberi .. 

Terima kasih kepada semua pimpinan Daerah dan Ahli-Ahli Pengakap PPM Negeri Sembilan atas ucapan. 
Diharapkan semoga semua ahli Pengakap tak kira di peringkat mana, akan sentiasa bersama saya, memberi sokongan padu, komitmen yang jitu, kerjasama erat dan kerja bersama saya demi kemajuan PPM Negeri Sembilan amnya dan anak-anak Pengakap khasnya. 

Semoga tahun 2020 ini menjadi titik tolak kemajuan PPM Negeri Sembilan ..

Terima kasih dan Salam PENGAKAP!

Selamat maju jaya diucapkan kepada Tuan Aziruddin b Abdul Aziz. Kami warga Pengakap PPM Seremban Timur akan memberi sokongan dan kerjasama yang jitu bagi memastikan kemajuan PPM Negeri Sembilan di bawah pimpinan tuan!

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)