Isnin, 1 November 2021

KURSUS PROFESIONALISME KEPENGAKAPAN PEMIMPIN DAERAH SEREMBAN TIMUR (SIRI 3/AKHIR)

Tarikh : 1hb. November 2021 (Isnin)
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : Atas talian
Kehadiran : 21 orang pemimpin


Selesai sudah sidang ke tiga dan akhir Kursus Profesionalisme KePengakapan Pemimpin PPM Daerah Seremban Timur yang telah berlangsung selama 3 minggu berturut-turut bermula dari 20 Oktober 2021, 27 Oktober 2021 dan penutupnya hari ini. Seperti biasa, Pengerusi Unit Program, Puan Siti Roditar telah bertindak sebagai juruacara majlis dengan dibantu oleh Setiausaha Unit Program, Puan Nurhamiza Md Desa sebagai teknikal majlis.


Sidang akhir ini lebih kepada pendedahan mengenai Malam Kebudayaan Pemgakap telah disampaikan oleh Tuan Affendi Abu dan dibantu oleh Tuan Mohd Said Nordin.


Berbagai panduan telah dikongsikan bersama dengan pemimpin yang hadir dan baik dari segi persediaan majlis, aturcara dan berbagai lagi panduan agar majlis yang dijalankan menarik dan kekal ceria.


Sebelum bersurai, Puan Siti Roditar Wahab telah berkongsi tentang perjalanan program Anugerah Rambu Pengakap Kanak-Kanak dan Rambu Pengakap Muda.

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)