Ahad, 19 Disember 2021

PPM SEREMBAN TIMUR & PPM NEGERI SEMBILAN UNGGUL DI MAJLIS BUDI DIJUNJUNG BAKTI DISANJUNG


Tahniah diucapkan kepada warga PPM Daerah Seremban Timur khasnya dan PPM Negeri Sembilan kerana berjaya menggondol 10 anugerah di Majlis Budi Dijunjung Bakti Disanjung yang telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Kebangsaan pada 18 Disember 2021 secara atas talian dengan tema, 'Pengakap Berintegriti Cemerlang Organisasi.


Majlis yang menjalani penjenamaan semula dari Majlis Apresiasi Pengakap bertujuan untuk menghargai usaha dan bakti pemimpin-pemimpin Pengakap yang terus rancak melaksanakan berbagai aktiviti, latihan dan program disepanjang tahun 2021 walaupun negara masih dibelenggu dengan pandemik Covid19 dan aktiviti bersemuka tidak boleh dilaksanakan.


Tahniah dan terima kasih kepada barisan kepimpinan Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah yang diterajui oleh Pesuruhjaya Daerah, Puan Nordiana Binti Zulkefli dengan dibantu oleh Pengerusi Unit Program, Puan Siti Roditar Binti Abdul Wahab yang telah menyelaras segala dokumen yang berkaitan untuk penilai pihak penganjur. Tahniah juga kepada para Pemimpin-Pemimpin Kumpulan, Penolong-Penolong Pesuruhjaya Daerah yang berusaha menjalankan aktiviti dan program serta menyediakan laporan lengkap yang banyak membantu PPM Daerah Seremban Timur dipilih sebagai penerima anugerah.

Berikut adalah senarai penerima dari PPM Daerah Seremban Timur:











Tahniah juga diucapkan kepada rakan-rakan pemimpin daerah dan negeri di atas anugerah yang diterima.








Tahniah juga kepada Tuan Aziruddin Bin Abdul Aziz, Ketua Pesuruhjaya Negeri, PPM Negeri Sembilan di atas kepimpinan dalam menerajui warga PPM Negeri Sembilan dengan program-program yang bermanafaat bagi kemenjadian anak-anak Pengakap Negeri Sembilan.






PPM Daerah Seremban Timur juga turut berbangga apabila salah satu gambar yang dari aktiviti yang dijalankan iaitu program Hari Pengasas Pengakap 2020 telah dijadikan gambar latar untuk lagu rasmi 'Pengakap Malaysia'. Terbaik!



JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)