Selasa, 30 November 2021

SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN TUAN AZIRUDDIN BIN ABDUL AZIZ


Selamat menyambut Hari Ulang Tahun kelahiran diucapkan kepada Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan, Tuan Aziruddin Bin Abdul Aziz. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dianugerahkan dengan kesihatan yang baik dan dikurnia kekuatan untuk beribadah kepada Allah dan sentiasa mendapat panduan dan hidayah dalam apa jua yang dilakukan dalam hidup ini.

Mula memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sembilan pada 1hb. Januari 2020 dikala negara berdepan dengan pandemik Covid19 tidak menghalang Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Sembilan (PPMNS) yang diterajui beliau untuk melaksanakan berbagai aktiviti kePengakapan dalam norma baharu terutamanya "Program Pengakap Duduk Rumah".

Moga PPMNS terus maju dimercu jaya!


JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)