Isnin, 27 Jun 2022

UJIAN & PERTANDINGAN LENCANA JAYADIRI 2022

Sukacita dimaklumkan bahawa PPM Daerah Seremban Timur akan mengadakan "Ujian & Pertandingan Esei Lencana Jayadiri Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur 2022" seperti ketetapan berikut:



BUTIRAN UJIAN LENCANA JAYADIRI
1. Calon diberi masa 1 jam 15 minit. Disyorkan 15 minit pertama untuk mengisi butiran diri selengkapnya dan baki 60 minit berikutnya untuk menjawab kesemua soalan-soalan yang diberikan.

2. Calon perlu mendaftar masuk menggunakan emel GMAIL sahaja.

3. Setiap calon hanya boleh mengambil kuiz ujian sekali sahaja. Jika didapati ada calon yang menjawab lebih dari sekali, penyertaan akan dibatalkan.


BUTIRAN PERTANDINGAN ESEI LENCANA JAYADIRI

1. Pertandingan adalah terbuka kepada ahli Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur Tingkatan Empat (4) yang telah mengambil ujian Lencana Jayadiri pada 3 JULAI 2022 sahaja.

2. Ahli perlu menulis esei yang dimulai dengan "SAYA INGIN MENJADI SEORANG PENGAKAP RAJA KERANA ..."

3. Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.

4. Panjang esei adalah diantara 150 hingga 250 patah perkataan.

5. Jumlah perkataan mestilah ditulis di penghujung bawah esei.

6. Penyertaan hanya diambil kira selepas mendapat pengesahan Buku Log lencana Jayadiri telah disemak dan disahkan oleh Pemimpin Pengakap Sekolah.

7. Hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Johan : Medal & e-Sijil peringkat daerah
Naib Johan : Medal & e-Sijil peringkat daerah
Tempat ke 3 : Medal & e-Sijil peringkat daerah
Tempat ke 4 : Medal & e-Sijil peringkat daerah
Tempat ke 5 : Medal & e-Sijil peringkat daerah

8. Medal dan e-Sijil pencapaian akan diberikan selewatnya pada atau sebelum 31 Ogos 2022. 

9. Setiap penyertaan yang dikemukakan akan menjadi hak milik Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur.

10. Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur berhak sepenuhnya untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan mana-mana karya peserta dan pemenang pada mana-mana laman web, pameran, portal, media sosial atau blog atas tujuan promosi oleh Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur.

11. Peserta perlu menghantar karangan melalui "online" dengan kaedah berikut:

a) Google Form
• Peserta boleh menggunakan kaedah MENAIP di ruangan yang disediakan di google form.

-ATAU-

b) Taip di Microsoft Word dan dimuat naik ke google form.

12. Setiap hasil penyertaan mestilah asli, hak milik sendiri, terkini dan tulen serta tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana bahan bercetak mahupun elektronik atau dihantar dalam mana-mana pertandingan sebelum ini. Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur berhak membatalkan penyertaan atau menarik balik hadiah sekiranya tidak memenuhi dan melanggar perkara-perkara yang dinyatakan tersebut.

13. Nama pemenang akan diumumkan di platfom media sosial PPM Daerah Seremban Timur.

14. Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur berhak meminda apa jua peraturan atau syarat yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.

15. Keputusan panel hakim adalah muktamad.

16. Tarikh tutup pertandingan adalah PADA atau SEBELUM 10 JULAI 2022

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)