Selasa, 30 Ogos 2022

SELAMAT HARI MERDEKA KE 65


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 65 dari kami kepada anda semua pengunjung budiman PPM Seremban Timur.

Merdeka membawa pengertian yang luas di dalam hidup setiap individu. Merdeka dari segi percakapan, perbuatan, pengetahuan dan berbagai lagi erti merdeka yang dapat dihubungkaitkan dengan kehidupan seharian kita.

Tiada ertinya negara menyambut Hari Kemerdekaan tetapi jiwa dan perasaan rakyatnya belum lagi merdeka. Tiada ertinya pemimpin melaungkan semangat merdeka jika rakyatnya masih menganggap hak keistimewaan mereka dapat membantu mereka sampai bila bila. Tiada ertinya rakyat berhimpun menyanyikan lagu negaraku tepat jam 12 tengah malam dan selepas itu memeriahkan kelab-kelab malam hinga ke pagi. 

Sesungguhnya ... Kemerdekaan mestilah boleh dirasai. Kemerdekaan mestilah boleh dibanggai. Kemerdekaan mestilah hidup dalam jiwa sanubari ... Kerana kemerdekaan itu mencerminkan sifat peribadi bangsa kini.

Keluarga Malaysia .. Teguh Bersama .. MERDEKA! ..

JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)