Sabtu, 6 Ogos 2022

UJIAN LENCANA KEGIATAN PENGAKAP REMAJA 2022

Tarikh : 6 Ogos 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 10.30 pagi
Lokasi : Atas talian (Google Meet)
Kehadiran : 49 orang ahli Pengakap Remaja, Pemimpin, Penolong Pemimpin dan Penolong Pesuruhjaya Daerah
No. Rujukan : PPDS.600-3/1/3 (27) bertarikh 25 Julai 2022


Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis, Tuan Shahrulnizam Bin Mohd Yunos, Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Setiausaha Unit Pengakap Muda PPM Daerah Seremban Timur.


Selepas itu, Tuan Abdul Aziz Bin Haji Abdul Wahab, Penolong Pesuruhjaya Daerah merangkap Ketua Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur telah memulakan sidang dengan menerangkan kaedah-kaedah ujian Lencana Kegiatan akan diadakan.


Disamping menerangkan dengan lebih lanjut langkah-langkah yng perlu diikuti, beliau juga turut menunjukkan contoh buku log Lencana Kegiatan dari ahli yang telah berjaya memperoleh Anugerah Pengakap Raja.


Setelah selesai sesi penerangan berkenaan kaedah ujian dijalankan, beliau telah membuka sesi soal & jawab kepada para hadirin bertanyakan soalan. Beberapa soalan telah dikemukakan dari kalangan ahli dan juga pemimpin. Setelah penerangan berkaitan soalan diberi, nyata hadirin semua berpuas hati dan lebih memahami perjalanan program pada kali ini.


Selepas itu, Tuan Abdul Aziz telah memaklumkan maklumat-maklumat tentang program yang akan dilaksanakan oleh Unit Pengakap Remaja PPM Daerah Seremban Timur yang antara lain termasuklah Ujian Lencana Perkhidmatan, Pertandingan Kemahiran Pengakap Sekolah Menengah Sempena Hari Malaysia dan juga Ujian Lencana Ekspedisi. Nyata hadirin amat teruja dengan program-program yang akan menanti mereka sedikit masa lagi.

Sebagai penutup kepada sesi penerangan beliau, Tuan Abdul Aziz telah menekankan keperluan pemimpin dan penolong pemimpin diperingkat sekolah bekerjasama demi mencapai matlamat melahirkan sekurang-kurangnya seorang penerima Anugerah Pengakap Raja dari sekolah mereka.

Sebelum bersurai, pengerusi majlis, Tuan Shahrulnizam telah merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dan berharap mereka dapat mengambil peluang yamg telah tersedia ini.

Majlis bersurai sekitar jam 10.30 pagi.



JAMBORI PENGAKAP SEDUNIA KOREA 2023 (Klik gambar di bawah untuk info)